BEIJING 13 Ogos – Tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas sebuah papan tanda kedai terjatuh di kawasan pejalan kaki penuh sesak ekoran hujan lebat yang dibawa Taufan Yagi. Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku lewat malam semalam di Nanjing East Road di pusat bandar Shanghai. China dilaporkan terpaksa memindahkan lebih 200,000 penduduk selepas taufan membadai pantai timur negara itu. Taufan Yagi melanda wilayah Zhejiang sejurus sebelum tengah malam…










