KEMAMAN 23 Ogos- Keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini petang ini hanya seketika apabila tiga daripada rakan mereka hilang dikhuatiri lemas. Dalam tragedi kira-kira pukul 6.23 petang itu, mangsa yang dilaporkan hilang ialah Shahir Aqil Shahrun, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir. Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa…










