Tiga rentung selepas kereta Proton Saga dinaiki terlibat dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Tiga rentung selepas kereta Proton Saga dinaiki terlibat dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT – Tiga individu termasuk dua wanita maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki dipercayai terbakar dalam nahas jalan raya di Kampung Hobut di sini malam tadi.

Difahamkan, Proton Saga terbabit telah bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit sebelum ia terbakar kira-kira pukul 8.15 malam.

Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seramai 10 anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.26 malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kudat, anggota bomba bertugas segera menjalankan operasi memadam kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa di dalam kereta Proton Saga berkenaan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dimaklumkan pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Operasi yang turut melibatkan pasukan  bomba sukarela daripada Pinawantai dan Kampung Air itu tamat pada pukul 10.46 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×