BALING – Tiga maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 44.7 Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.52 pagi itu, dua penunggang motosikal iaitu Shafiee Che Man, 29, dan A. Razak Che Ad, 52, maut di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa, Ummul Atiqah Abdul Lattif, 20, yang merupakan penumpang kereta Perodua Viva meninggal dunia ketika dalam perjalanan…










