KAMPAR 19 Ogos – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 291, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Toyata Hilux yang dinaiki tiga mangsa yang maut dan sebuah lori muatan akhbar. Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku setelah kenderaan pacuan empat roda itu melanggar bahagian belakang lori berkenaan…