KUALA TERENGGANU 14 Ogos – Gejala pencerobohan perairan negeri ini oleh nelayan Vietnam belum memperlihatkan tanda yang meredakan, dan terbaharu tiga lagi bot bersama 40 awak-awak berjaya ditahan petang kelmarin. Ekoran penahanan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu, bot bersama kelengkapan, 920 kilogram hasil laut dan 30,000 liter diesel yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM4.5 juta dirampas. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, ketiga-tiga…










