JOHOR BAHRU – Seorang lelaki sanggup bermalam dalam kebun getah di kawasan ladang sekitar Masai, Pasir Gudang semata-mata untuk menjual dadah kepada pelanggannya sejak beberapa bulan lalu. Namun kegiatan licik lelaki berusia 40 tahun itu menjadikan kebun getah sebagai ‘port’ menjual dan menghisap dadah dapat dihidu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri minggu lalu. Penolong Pengarah AADK Johor, Mohd. Faisal Maksom berkata, lelaki berkenaan antara 21 individu termasuk dua wanita…










