Tidak halang syarikat penerbangan tetapkan pakaian pramugari - Utusan Malaysia

Tidak halang syarikat penerbangan tetapkan pakaian pramugari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai halangan terhadap hasrat mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian pramugari berdasarkan kehendak syariah Islam.

Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, langkah itu selagi penetapan pakaian pramugari mematuhi kriteria-kriteria ditetapkan oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Selari dengan identity Malaysia Hospitality yang diamalkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB), pakaian seragam baju kebaya yang dipakai oleh pramugari mencerminkan budaya Malaysia dan menonjolkan layanan mesra kepada penumpang penerbangan.

“Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan tiada sebarang halangan langsung bagi syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian pramugari menepati kehendak syariah Islam,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Pangkalan Chepa) meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan sama ada pakaian pramugari Malaysia Airlines (MAS) sesuai dengan imej negara di mana Islam merupakan agama Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN