Tiada yang istimewa – SM Faisal - Utusan Malaysia

Tiada yang istimewa – SM Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 11 Ogos – Ahli perniagaan, Datuk SM Fai­sal SM Nasimuddin menjelaskan, tiada yang istimewa mengenai hubu­ngannya dengan pelakon, Puteri Aishah.

GAMBAR SM Faisal bersama Puteri Aishah yang dimuat naik oleh ahli perniagaan tersebut di laman sosial Instagram, baru-baru ini.

Malah, beliau menganggap pelakon filem Pulang itu tidak lebih daripada kawan biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada yang istimewa, kami hanya kawan biasa. Tiada benda lain. Saya mengenali dia melalui sepupu saya memandang­kan mereka berasal dari Negeri Sembilan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai soko­ngannya terhadap dunia lakonan Puteri Aishah, SM Faisal tidak menolak bahawa beliau berasa bangga dengan kemampuan rakannya itu.

“Saya sudah menonton filem Pulang dan lakonan­nya sangat bagus. Saya amat bangga dan sebagai rakan akan sentiasa menyokong dia,” jelasnya.

Hubungan dua selebriti laman sosial Instagram ini menjadi buah mulut warganet apabila SM Fai­sal pernah memuat naik gambar mesra mereka berdua.

Walau bagaimanapun, Puteri Aishah sebelum ini turut mengeluarkan ke­nyataan yang sama seperti SM Faisal bagi menjelaskan hubungan yang terjalin antara mereka hanya sekadar rakan biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×