PUTRAJAYA 17 Ogos – Tiada pembayaran balik akan diberikan kepada mereka yang telah pun membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, daripada kesemua 3.76 juta saman melibatkan sistem itu sejak 2012, hanya sebanyak 18 peratus atau melibatkan hampir RM700,000 sahaja saman AES telah dibayar. “Saya mengambil kesempetan memohon maaf kepada mereka yang telah membayar saman ini. Merekq mungkin rasa tidak…










