TURIN 1 Ogos – Juventus masih beleum menemui kata putus untuk melepaskan penyerang Gonzalo Higuain kepada AC Milan, kata pengurus besar kelab itu, Giuseppe Marotta. Penyerang berusia 30 tahun itu dikhabarkan bakal menyertai Rossoneri sebagai pemain pinjaman dengan nilai 18 juta Euro (RM85.14 juta) dengan pilihan perpindahan secara tetap pada harga 36 jura Euro (RM170.28 juta). Pegawai Juventus dan Milan dipercayai sudah mengadakan pertemuan untuk membincangkan perjanjian itu secara khusus…










