KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Kontinjen Terengganu meraih tiga anugerah dalam Floria Diraja Putrajaya 2018 termasuk pengiktirafan tertinggi dalam festival itu iaitu Floria Garden Prime Award. Kejayaan itu sekali gus membolehkan pasukan negeri merampas takhta kejuaraan daripada penyandang bertahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dua anugerah lain yang dimenangi adalah Royal Flora Garden Award dan Royal Floria Garden of Malaysia Award. Jabatan Pelancongan negeri dalam satu kenyataan memberitahu, Terengganu mempertaruhkan…










