Tempahan dibuka hujung minggu ini - Utusan Malaysia

Tempahan dibuka hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengurus Jualan dan Pemasaran, Bahagian Pembangunan Hartanah Bukan Perbandarannya, Shareena Othman berkata, dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM363 juta, projek tersebut terdiri daripada komponen kediaman, pejabat kecil rumah pejabat (SOHO) dan lot komersial yang didirikan dalam dua blok.

“Pada hari Sabtu dan Ahad ini, kami akan mengadakan prapelancaran projek ini de­ngan tempahan untuk blok kedua akan mula dibuka.

“Berdasarkan sambutan mem­berangsangkan yang dite­rima bagi blok pertama, kami yakin mampu mencapai kadar pembelian sehingga 30 peratus pada hari tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! dalam satu temu bual di pejabat syarikat di Menara Glomac di sini semalam.

Turut hadir Pengurusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri FD Mansor.

Menurut Shareena, Plaza@Kelana Jaya merupakan sebuah projek pembangunan pegangan bebas yang berpotensi kerana ia terletak di lokasi strategik iaitu berhadapan dengan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) serta beberapa lebuh raya utama lain.

“Ia juga terletak di lokasi matang yang mempunyai pelbagai kemudahan berdekatan terma­suk beberapa pusat beli-belah, kelab golf, padang bola, stesen transit aliran ringan (LRT) CGC-Glenmarie serta LRT Kelana Jaya dan institusi pengajian tinggi.

“Ini akan memberi manfaat kepada bukan sahaja pembeli persendirian, malahan pelabur hartanah yang sering mencari lokasi strategik untuk pelaburan mereka,” jelasnya.

Dibangunkan oleh anak syarikat Glomac, Glomac Segar Sdn. Bhd., Plaza@Kelana Jaya akan mula dibina pada suku pertama 2019 dengan jangkaan siap dalam tempoh empat tahun.

Dibangunkan dalam kawasan keseluruhan seluas 1.3 hektar, terdapat 496 unit SOHO dan 200 unit pangsapuri kediaman yang terletak dalam blok setinggi 31 tingkat serta 16 unit pejabat kedai dalam tiga tingkat.

Ia dijual pada harga bermula daripada RM360,000 dengan diskaun promosi yang tertakluk kepada terma dan syarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN