BAGI menyemarakkan lagi hari kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, pihak penerbit, Gold Ray dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dengan kerjasama Istana Budaya akan mempersembahkan sebuah teater berjudul Tanah Akhirku. Teater karya Amar Amir yang akan menemui penonton pada 28 Ogos hingga 2 September ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Mei Fen Lim, Aeril Zafril, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira, Nave VJ, Akmal…