Konsep buat ruang lapang, fleksibel

Konsep buat ruang lapang, fleksibel

TATARIAS sederhana pada ruang makan dengan gabungan rona pastel dan hitam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi pencinta ruang yang lapang, kemas dan tidak sarat dengan hiasan, konsep moden kontemporari dengan sentuhan minimalis adalah pilihan yang tepat.

Gabungan rekaan moden dan elemen kontemporari ini menekankan keseimbangan, kesederhanaan serta fungsi sekali gus mewujudkan suasana rumah yang tenang, selesa dan mudah disesuaikan mengikut perubahan gaya hidup.

Pemilik kediaman, Noorshafiqah Fadzir memilih konsep ini bagi mencipta persekitaran rumah yang mendamaikan tanpa elemen dekorasi berlebihan.

Baginya, rumah seharusnya menjadi ruang untuk berehat dan menikmati masa bersama keluarga, bukan ruang yang membebankan visual dan emosi.

Elemen utama yang melengkapkan konsep ini adalah pemilihan warna lembut serta rekaan aksesori yang ringkas tetapi berfungsi.

Gabungan warna baby soft dan creamsicle orange daripada Sea Master Paint dipilih bagi menghasilkan suasana yang lebih nyaman dan mesra penghuni.

Padanan warna ini bukan sahaja memberi rasa hangat, malah membantu ruang kelihatan lebih luas dan terang.

“Kelebihan konsep ini antaranya mungkin lebih senang direalisasikan dalam masa yang singkat tanpa bajet tinggi.

“Selain itu, lebih mudah diubah sekiranya tidak menepati cita rasa tuan rumah dikemudian hari,” katanya kepada Seri.

Proses melengkapkan konsep rumah ini mengambil masa hampir dua tahun.

Namun, pemilik tidak meletakkan sebarang had masa khusus, sebaliknya memilih untuk menikmati setiap fasa menghias rumah secara berperingkat.

Pendekatan ini memberi kebebasan untuk membuat perubahan kecil dari semasa ke semasa tanpa tekanan.

Ruang paling digemari dalam kediaman ini sudah tentulah dapur yang merupakan ruang pertama dilengkapkan sebaik sahaja berpindah masuk.

Minat yang mendalam terhadap aktiviti memasak menjadikan dapur sebagai nadi utama rumah, tempat berkumpul dan berkongsi momen bersama keluarga.

“Bagi kami, tiada istilah susah dalam mengekalkan kecantikan rumah kerana semuanya perlu dijaga dari semasa ke semasa dengan penglibatan penuh suami, isteri dan anak-anak,” katanya.

Tambah Noorshafiqah, inspirasi dekorasi teres dengan keluasan binaaan 1,912 kaki persegi ini banyak diperoleh daripada Pinterest dan Ikea yang menawarkan idea praktikal selain mudah direalisasikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×