Tamankan Hati Keluarga Utusan rapatkan ukhwah kakitangan - Utusan Malaysia

Tamankan Hati Keluarga Utusan rapatkan ukhwah kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seramai 200 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad menghadiri Majlis Tamankan Hati Keluarga Utusan yang julung kali diadakan di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir berkata, tujuan utama majlis itu diadakan adalah bagi merapatkan hubu­ngan silaturahim warga kerja Utusan Melayu selain memberi motivasi kepada mereka untuk mengukuhkan lagi syarikat.

“Dalam majlis ini, kita turut selitkan beberapa program seperti pe­nyampaian tazkirah oleh pence­ramah jemputan, qasidah dan solat hajat secara berjemaah.

“Kita tidak mahu melupakan asas perjuangan syarikat dan maj­lis ini adalah satu daripada pe­ringatan buat semua kakitangan di sini agar melaksanakan tugas dengan baik serta menjaga ama­nah yang diberikan,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah pence­ramah jemputan, Ustaz Azhar Latif, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Utusan, Mohd. Nazlan Osman.

Mengulas lanjut, Abd. Aziz berkata, amalan budaya kerja yang baik oleh kakitangan akan menjadi penggerak kepada syarikat untuk terus maju ke hadapan walaupun terdapat pelbagai masalah terpaksa dilalui.

“Program ini mungkin akan diteruskan pada masa akan datang bagi menyuntik semangat dalam kalangan kakitangan syarikat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN