NEPAL di bawah pemerintahan kerajaan baharu telah mengumumkan untuk membekukan kemasukan warganegara mereka sebagai sumber tenaga kerja ke Malaysia pada Mei 2018 disebabkan oleh beberapa faktor. Tindakan tersebut sekali gus memberi kesan terutamanya terhadap sektor kawalan keselamatan kerana Malaysia hanya membenarkan warganegara Nepal untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan. Apabila kemasukan mereka dibekukan, maka telah berleluasa penggunaan pengawal keselamatan haram yang ditempatkan di pelbagai sektor. Justeru, apakah punca dan tindakan yang…