JARI jemari Sya ligat menaip di skrin telefon. Dari tadi Wasiq hanya memerhati isterinya yang leka dengan telefon. Lauk pauk yang dimasak oleh Wasiq tidak dijamah. Beberapa kali dia mengajak isteri kesayangannya menjamah sedikit, namun tidak diendahkan. Wasiq menggeleng melihat tingkah laku isterinya. Sejak kebelakangan ini, rezeki pasangan suami isteri ini bertambah setelah perniagaan dalam talian yang diasaskan oleh Sya berkembang maju. Wasiq kerja makan gaji sebagai operator pengeluaran. Sekadar…