PADANG BESAR 30 Ogos – Suruhanjaya Koperasi telah diarahkan supaya membantu memberi idea-idea baharu perniagaan termasuk e-dagang kepada kira-kira 4,000 daripada 10,000 buah koperasi yang tidak aktif di seluruh negara. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, pihak kementerian tidak mahu koperasi terlibat dinyahsenaraikan sebaliknya diberi pembaharuan dalam senarai jawatan kuasa dan keahliannya. Katanya, terdapat beberapa faktor menyebabkan perkara itu berlaku antaranya pulangan yang rendah dan kelemahan…










