BELAJAR. Seramai 50 peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur menyertai kursus penyembelihan korban di pekarangan Surau Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor baru-baru ini. Ketua biro Pendidikan Surau Mukhlisin, Jamri Jawas berkata, pihaknya berharap agar program tahunan surau itu dapat diteruskan pada masa akan datang kerana memberi manfaat kepada penduduk kariah Semenyih khususnya.










