KOTA BHARU 12 Ogos – Tindakan seorang pegawai perubatan menulis surat terbuka mempersoalkan hak-hak yang dikatakan dituntut oleh golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) kepada aktivis masyarakat, Datin Marina Mahathir dikatakan telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA). Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Siti Zailah Mohd. Yusof berkata, kumpulan tersebut juga dikatakan turut menggesa agar Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ…










