KOTA KINABALU 27 Ogos – Sungai Petagas yang suatu ketika dulu menjadi nadi dan tempat bermulanya penempatan di daerah Putatan tetapi kini diancam pencemaran akibat kepesatan pembangunan di sekelilingnya akan dibangunkan sebagai pusat ekopelancongan tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai berkata, program pembangunan tersebut akan dirangka dengan kerjasama pasukan penyelidik dan pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah bersetuju untuk melaksanakannya. Beliau berkata, projek…










