Sultan Nazrin meriahkan sambutan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin meriahkan sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 31 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai lebih 15,000 rakyat pelbagai kaum meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di hadapan Dewan Bandaran di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua diiringi dua anakanda iaitu Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta isteri, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal dan exco kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Besar Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang diiringi Platun Brassband KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa diikuti persembahan koir oleh 90 pelajar daripada empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, Parit; SMK Seri Iskandar; Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar Perdana dan SK Seri Iskandar yang menyampaikan tiga buah lagu.

Acara kemudian diteruskan dengan perarakan perbarisan melibatkan 5,703 peserta daripada 107 kontinjen mewakili jabatan kerajaan, pasukan beruniform, daerah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.

Turut mengambil bahagian adalah 14 pasukan pancaragam sekolah dan 23 kontinjen kenderaan oleh agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

Perarakan turut diserikan dengan penyertaan 150 atlet dan 120 peserta larian obor yang akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) Perak edisi ke-19 pada September ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini