KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan sukacita dengan pembukaan Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini dan berharap rakyat dapat memperolehi manfaat perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Baginda bertitah, kewujudan hospital berkenaan membolehkan rakyat memiliki pilihan penjagaan kesihatan pakar yang lebih cekap dengan kos berpatutan. “Berdasarkan reka bentuk bangunan yang mengikut standard piawaian antarabangsa, KTS berupaya menjadikan Terengganu sebagai hub pelancongan kesihatan di Malaysia. “Beta juga dimaklumkan…










