KUALA LUMPUR 9 Ogos – BINTANG penyerang, N. Thanabalan menjadi mangsa kecederaan terbaharu dan terpaksa digugurkan daripada menggalas cabaran negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. N. THANABALAN Ketua Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, laporan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan dia mengalami kecederaan di lutut kiri dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh. “Selepas menerima laporan MRI daripada doktor pagi…










