KUALA TERENGGANU 16 Julai – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diingatkan supaya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berhubung hukuman yang dijatuhkan terhadap dua wanita atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di bawah bidang kuasa mahkamah syariah di negeri ini dan bukannya ditentukan…










