Sufi AF, Che Mat Raja Lawak dan Zamzuriah dalam Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Sufi AF, Che Mat Raja Lawak dan Zamzuriah dalam Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Segmen bual santai yang disiarkan secara langsung di media sosial Facebook Utusan Online, Jom Chat pukul 9 malam ini menampilkan tiga selebriti undangan iaitu juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, pengarah teater tradisional Mek Mulong, Zamzuriah Zahari dan salah seorang aktor yang terlibat dalam teater tersebut, Che Mat Raja Lawak.

SUFI RASHID
SUFI RASHID

Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid walaupun sibuk dengan rakaman di studio untuk single terbaharu beliau, tetap meluangkan masa untuk menjayakan Jom Chat yang dihoskan oleh Apak.

Di atas platform Jom Chat malam ini juga menampilkan pengarah teater tradisional Mek Mulong, Zamzuriah yang akan bercerita lebih lanjut tentang produksi Mek Mulong, Hikayat Puteri 12 Beradik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teater yang turut membabitkan Che Mat Raja Lawak ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di bawah Panggung Seni Tradisional 2018.

Untuk rekod, kata Zamzuriah, Mek Mulong, Hikayat Puteri 12 Beradik adalah sebuah cerita yang belum dipentaskan dan merupakan cerita hikayat yang berkisar tentang sejarah sempadan Siam dan Kedah suatu ketika dahulu.

Seperti mana teater Mek Mulung, Hikayat Puteri 12 Beradik yang akan disampaikan scara improvisasi, Jom Chat malam ini ditampilkan secara fusion antara Sufi, Zamzuriah dan Che Mat dengan diselang-selikan dengan persembahan tradisional oleh Zamzuriah dengan iringan alat muzik tradisional oleh Baisah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini