SERIBU satu ulasan serta pendapat yang telah diajukan oleh rakyat dan pakar-pakar percukaian menjelang pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak lama lagi yang menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Ini ekoran dari pengumuman oleh Menteri Kewangan pada tanggal 16 Julai lalu yang mengumumkan kadar cukai ini akan dikuatkuasakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan berkuat kuasa bermula 1 September 2018. Hal ini mengundang kegusaran buat rakyat…










