Skim insurans kesihatan untuk semua - Utusan Malaysia

Skim insurans kesihatan untuk semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini menggesa kerajaan melaksanakan skim insurans kesihatan kepada semua pihak dan bukan hanya terhad kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus rendah (B40).

Presidennya Dr. Mohamed Namazie Ibrahim berkata, ini kerana kumpulan pertengahan dan berpendapatan tinggi juga terdedah kepada masalah membiayai perubatan jika kehilangan pekerjaan walaupun dilindungi insurans kesihatan yang disediakan majikan atau skim manfaat kesihatan pekerja.

“Cadangan tersebut walaubagaimanapun perlu diperhalusi dengan mengadakan perbincangan melibatkan pelbagai pihak terutama agensi yang bukan berasakan keuntungan semata-mata.

“Tambahan pula, sebilangan kecil daripada kumpulan ini, terutama yang bekerja sendiri juga mungkin mempunyai insurans kesihatan swasta dan tetapi tetap mempunyai risiko sendiri jika berdepan kemerosotan kewangan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan semalam yang kini berada di peringkat akhir merangka pelan skim perlindungan insurans kesihatan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN