JAKARTA 23 Ogos – Langkah pesilat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir terhenti di peringkat suku akhir Kelas D Putri Sukan Asia 2018 apabila juara dunia tiga kali itu tewas kepada Thi Cham Nhi dari Vietnam di Padepokan Pencak Silat, hari ini. Siti Rahmah yang juga atlet daripada Program Podium dan juara dunia 2012, 2015 dan 2016 adalah antara sandaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dalam misi memburu tiga pingat emas…










