JAKARTA 27 Ogos – Pasangan atlet pencak silat negara, Mohd. Taqiyuddin-Muhammad Afifi Nordin meraih pingat gangsa dalam acara seni ganda putra Sukan Asia 2018, sebentar tadi. Gandingan pesilat negara itu mencatat 560 mata di tempat ketiga. Pingat emas milik Indonesia dengan 580 mata manakala Vietnam di kedudukan kedua dengan 562 mata.- UTUSAN ONLINE










