KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal meluangkan masa melawat jenazah pengacara tersohor, Datuk Mahadzir Lokman di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 di sini hari ini. Mohd. Shafie yang hadir bersama isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib tiba di perkarangan Unit Forensik Patologi HQE 1 kira-kira pukul 1.55 petang sebelum beredar pada pukul 2.13 petang. Beliau yang hadir berkemeja putih dan isteri yang mengenakan sepasang jubah hitam bagaimanapun…










