Setiausaha Agung Kafa letak jawatan - Utusan Malaysia

Setiausaha Agung Kafa letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Ogos – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus bergolak apabila Setiausaha Agungnya Husin Deraman dikatakan bertindak melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Perletakan jawatan itu secara tidak langsung memberikan tamparan yang cukup berat buat Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan selepas dua Naib Presiden, Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim meletak jawatan tiga hari lalu.

Malah, Bendaharinya, Datuk Ahmad Razali turut mengikut jejak langkah sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Husin ketika dihubungi mengesahkan berita perletakan jawatan tersebut yang tular dalam kalangan pemerhati bola sepak Kelantan sejak pagi ini.

Katanya, surat bertarikh hari ini sudahpun dihantar ke pejabat Kafa selain perkara itu sudah dimaklumkan kepada Bibi Ramjani.

“Buat masa ini, saya masih menunggu respon Presiden berhubung perletakan jawatan saya sebagai Setiausaha Agung,” katanya di sini hari ini tanpa mahu mengulas lebih lanjut punca perletakan jawatan beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×