KUANTAN 5 Ogos – Kerajaan Pusat yang diterajui Pakatan Harapan diminta menyerahkan kembali tampuk pemerintahan negara kepada Barisan Nasional (BN) jika tidak mampu untuk membela nasib golongan nelayan. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika kerajaan Pusat diterajui BN sebelum ini, pelbagai pendekatan dilakukannya bagi membela nasib golongan itu. “Sawaktu saya jadi Perdana Menteri, saya mengumumkan antaranya subsidi kepada nelayan, subsidi diesel dan bayaran sara hidup RM300…










