ALOR SETAR 19 Ogos – Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di berhampiran masjid Kampung Teluk, Bukit Pinang di sini petang tadi. Kejadian kira-kira pada pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Siti Aminah Yahaya, 22, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala mangsa yang cedera ialah kakak Siti Aminah, Shitoh Yahaya, 35, dan tiga anaknya iaitu Nurul Najwa Zamri, 15; Nurul Syifa, 18, dan Nurul Aaira Umaira, 1. Turut cedera ialah anak saudara Shitoh, Nurul Marsya Irdiana Mohammad Akimie, 4, dan Nurul Hidayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya