KEBANYAKAN seni tradisional seperti tarian yang mewakili mana-mana bangsa di seluruh dunia termasuk di negara ini kini berdepan persaingan dengan seni-seni lain yang lebih kontemporari sifatnya. Aktivis, penari dan koreografer seni tarian klasik India terkenal tanah air, Datuk Ramli Ibrahim berkata, jika tidak ditangani segera tidak mustahil seni-seni tarian tradisional ini akan pupus pada masa depan. Oleh itu, senario yang sedang berlaku itu telah mencetuskan inspirasi buat tokoh seni berusia…










