Senarai 18 pemain Malaysia Tigers akan diketahui hari ini - Utusan Malaysia

Senarai 18 pemain Malaysia Tigers akan diketahui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen van Huizen memberitahu dia sudah mempunyai bayangan awal kesemua 18 pemain yang bakal beraksi dalam kempen Sukan Asia 2018 dan senarai nama berkenaan akan diumumkan pada hari ini.

Kata Stephen, kebanyakan pemain yang bakal dipilih adalah dalam kalangan mereka yang beraksi sewaktu Siri Jelajah Australia baru-baru ini dan hanya terbaik akan bersama Malaysia Tigers.

“Saya saya perlu berjumpa pemain terlebih dahulu untuk memberitahu status mereka sebelum mengumumkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada apa-apa perubahan besar dan ketara dalam skuad kebangsaan malah kebanyakan mereka adalah yang beraksi di Australia baru-baru ini.

“Kesemua 18 pemain negara tersebut akan dibawa ke majlis penyerahan Jalur Gemilang pada Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Skuad hoki lelaki negara dilihat berpeluang cerah untuk melangkah ke perlawanan akhir Sukan Asia 2018 dalam misi memburu pingat emas berdasarkan hasil undian temasya di Jakarta.

Malaysia yang menghuni ran­king ke-12 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Oman dan Thailand manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka dan Hong Kong.

Pencapaian terbaik skuad hoki negara dalam kempen Sukan Asia ialah meraih pingat perak sewaktu temasya di Guangzhou, China pada 2010.

Sementara itu, Stephen turut memberitahu persiapan skuad kebangsaan berjalan lancar dan akan bertolak ke Jakarta pada 16 Ogos ini.

“Di Jakarta kita tidak merancang untuk bermain aksi persahabatan sebaliknya akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan turf di sana.

“Selain itu kami mahu lebih banyak melakukan latihan set piece sebelum pertandingan bermula,” kata Stephen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×