NAMPAKNYA tidak keterlaluan dikatakan minggu lalu boleh dianggap sebagai minggu sejarah. Masakan tidak, ramai yang membicarakan tentang isu-isu sejarah. Media sosial dan forum dijadikan pentas untuk berdebat dan menyampaikan hujah masing-masing terutamanya mengenai perkembangan agama di Tanah Melayu dan sejauh manakah segelintir pihak wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara. Subjek sejarah sememangnya amat diminati oleh penulis semasa di bangku sekolah menengah. Subjek ini antara pilihan dan kegemaran penulis selain matematik,…










