KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sesiapa sahaja yang ingin menganjurkan perhimpunan perlu membuat permohonan dan menyerahkan notis 10 hari sebelum berhimpun. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, notis itu adalah untuk mengenal pasti motif perhimpunan bagi mengelak berlakunya aktiviti jenayah. “Penganjur perlu memberi notis kepada Ketua Polis Daerah di mana lokasi perhimpunan berlangsung untuk dinilai terlebih dahulu. “Kita tidak mahu perhimpunan yang dilakukan mengganggu ketenteraman awam dan…










