CANBERRA 24 Ogos – Menteri Perbendaharaan, Scott Morrison dilantik menjadi Perdana Menteri baharu Australia selepas memenangi undian kepimpinan parti Liberal, sekali gus mengakhiri perselisihan dalaman yang menjejaskan kerajaan konservatif itu menjelang pilihan raya pada Mei 2019. Morrison akan menjadi Perdana Menteri keenam Australia dalam tempoh kurang 10 tahun selepas memenangi pertandingan tiga pejuru dengan bekas Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton dan Menteri Luar Julie Bishop. “Tugas kami selepas menerajui kepimpinan…










