JIKA beberapa negeri terkenal dengan sekolah pondok sebagai sistem pendidikan Islam tradisional dalam menyebarkan ilmu hingga melahirkan cendiakawan dan tokoh hebat Islami, Johor pula mempunyai Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ). Sumbangan dan peranan SAKJ tidak dapat dinafikan selain amat terkehadapan serta moden berbanding negeri lain. Malah kewujudannya menjadi identiti pendidikan kepada Johor dalam memberi pelajaran agama kepada kanak-kanak Islam seawal tujuh tahun. SAKJ merupakan platform mendapat didikan agama yang teratur,…










