KEBANYAKAN penduduk yang menetap di Lembah Klang terdiri daripada mereka yang berhijrah dari kawasan kampung. Golongan itu terpaksa hidup berjauhan dari kampung halaman atas tuntutan kerja dan mencari rezeki untuk keluarga. Pastinya, golongan itu merindu rasa dan keenakan masakan kampung seperti ulam bersama sambal belacan yang pernah menjadi makanan ruji mereka. Menyedari hakikat itu, Restoran Man Ayam Kampung (MAK) di Seri Kembangan, Selangor memilih untuk mengetengahkan konsep ala kampung dalam…










