KUALA LUMPUR – Seorang jururunding kewangan, Muhammad Saiful Azzam Mohmed, yang sempat memperisterikan pesakit kanser sarcoma, Fatin Nursyahirah Yusof selama kira-kira 18 jam percaya pasangan lain juga akan melakukan perkara sama sepertinya demi menghargai orang disayangi. Saiful, 25, meluahkan perkara tersebut melalui perkongsian di Insta Story akaunnya semalam dan dengan rasa rendah diri menyatakan kisahnya berkahwin dengan seorang pesakit kanser bukan dilakukan dengan niat untuk memberikan inspirasi kepada sesiapa pun.…










