Sabun basuh Daia tiruan dirampas - Utusan Malaysia

Sabun basuh Daia tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri membongkar penjualan serbuk pencuci pakaian jenama Daia yang disyaki tiruan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Pandan Ria 6, Kangkar Tebrau dekat sini kelmarin.

Serbuan melibatkan seramai 15 pegawai penguat kuasa itu dilakukan di dua buah premis di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Aris Mamat berkata, operasi dijalankan pada pukul 10.30 pagi itu susulan aduan daripada pemilik jenama sabun serbuk pencuci pakaian itu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sabun serbuk pencuci pakaian tiruan itu telah dijual sejak setahun lalu.

“Sabun serbuk pencuci pakaian ini dijual pada harga RM4.37 bagi satu pek seberat 850 gram berbanding harga produk yang asli di pasaran iaitu antara RM6 hingga RM7.

“Berbanding sabun serbuk pencuci pakaian asli, bahan sabun dalam produk tiruan berkenaan lebih kasar manakala pembungkusannya agak berbeza daripada produk tulen,” katanya di stor eksibit PPDNHEP negeri di Senai dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN