KOTA KINABALU 8 Ogos – Kerajaan negeri Sabah akan memansuhkan pemberian tanah menerusi geran komunal dan menggantikan mekanisme itu dengan pemberian geran individu bagi membolehkan rakyat di negeri ini memiliki tanah atas nama sendiri. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian geran individu akan dilaksanakan dalam tahun ini dengan menekankan beberapa pembaharuan bagi melindungi pemilik tanah supaya mereka dapat memanfaatkan pemilikan itu dan tidak berdepan masalah tuntutan atau…