TENDANGAN tajam pemain bola ke gawang gol merupakan perkara utama dalam permainan bola sepak bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan. Seperti sedia maklum, sukan bola sepak merupakan antara sukan pilihan ramai di Malaysia mahupun serata dunia. Lihat sahaja bagaimana penyokong berpusu-pusu ke stadium atau sekadar menonton di kedai mamak. Tidak hanya berbicara mengenai teknik tendangan, cara penangkapan bola oleh penjaga gol atau kelalaian menghantar bola, malah pada masa sama isu…










