BOLEH dikatakan mustahil pada zaman materialistik yang serba membangun masa kini terdapat institusi menawarkan perkhidmatan percuma. Apatah lagi jika membabitkan kos dan kepakaran khusus yang memerlukan tenaga mahir. Namun, itulah ditawarkan oleh Rumah Ngaji Sheikh yang baru beroperasi di Rasah, Kemayan, Negeri Sembilan sejak 1 Ogos lalu. Memfokuskan kepada kanak-kanak istimewa mempunyai masalah pembelajaran, pusat pengajian al-Quran yang juga dikenali Rumah Ngaji Orang Kurang Upaya (OKU) itu tidak mengenakan sebarang…