DUNGUN 29 Ogos – Polis menahan 15 orang dan merampas 1,190 kotak besar mengandungi 595,000 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.8 juta dalam serbuan di Kampung Tebing Tembah, Paka di sini dan dalam sebuah bot nelayan awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah memberitahu, serbuan dilakukan oleh sepasukan 10 anggota bersama seorang pegawai pada pukul 4 pagi hasil daripada maklumat orang awam dan risikan berkaitan aktiviti haram tersebut.…










