Jika bercakap tentang Tom Cruise 13 tahun lalu, pasti begitu banyak cerita dan isu yang boleh dikongsi berkenaan aktor yang popular dengan watak Ethan Hunt menerusi francais mega Mission Impossible itu. Namun itu dahulu, kini biarpun memegang gelaran antara bintang tersohor Hollywood, Cruise sebenarnya sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Los Angeles kerana terlalu sibuk mengembara ke seluruh dunia bagi menjalani penggambaran filem-filemnya yang sudah disusun untuk tempoh dua tahun…









