PULAU PINANG 12 Ogos – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memohon peruntukan berjumlah RM5 juta daripada kerajaan Pusat bagi menaik taraf jeti dan infrastruktur awam di Balik Pulau. Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan terbabit sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat. Menurutnya, peruntukan untuk penambahbaikan dan penyelenggaraan itu dijangka diperoleh tahun hadapan dan beliau menyeru…










